Tuesday, January 19, 2010

SEJARAH HIDUP SEORANG SAHABAT BERNAMA 'MAN BOTAK'

Beliau merupakan seorang anak jati Kampung Raja Uda ( KRU ) yang dilahirkan diwaktu bulan gelap. Sejak bayi lagi beliau telah menunjukkan tanda-tanda kebengongannya bila beliau selalu menggonggong puting. Ketika berada dizaman kanak-kanak kebengongannya semakin terserlah dengan selalu mencilok air sirap di kantin sekolahnya. Sebaik sahaja melangkah ke sekolah menengah perangai bengongnya makin ketara kerana mula kencing merata rata termasuk di dalam beg sekolah classmatenya yang bernama Aida yang mempunyai buah dada yang agak besar.

Beliau tidak sempat menamatkan zaman persekolahannya berikutan dibuang dari sekolah di atas sebab, beberapa tahun yuran sekolah dilipatnya, yuran yang bapanya beri digunakan untuk berjinak jinak dengan arak. Oleh sebab tidak menamatkan zaman persekolahannya beliau memulakan langkah baru dengan bekerja sebagai peon. Beberapa tahun kemudian beliau mendirikan rumahtangga dengan gadis yang bernama Faridah, yang diperdayanya dengan cek tendang yang diperoleh dari seorang sahabat beliau bernama Zack. Beliau kemudian berhenti menjadi peon kerana cita-citanya hendak menjadi Pak Maun.

Akan tetapi cita-cita beliau tidak menjadi kenyataan, lalu beliau kecewa dan terus kecewa mula berkunjung ke kelab-kelab malam setiap hari, lagaknya bagai orang kaya walaupun pada azalinya beliau papa kedana. Kelicikannya itu berjaya memperdayakan seorang guru baru yang jujur serta berhati mulia, dimana guru tersebut menjadikan beliau sebagai idola. disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Pada waktu siang, kerjanya hanyalah ke hulu dan ke hilir seperti burung kepatahan sayap. Disebabkan berkawan dengan seorang guru yang berhati mulia, dengan cadangan dan tunjuk ajar ketika menjamu minuman keras, lalu beliau dimurahkan rezeki dan mula bekerja di sebuah syarikat pengangkutan yang bernama SKYBUS.

Pepatah melayu mengatakan, "kalau dah bengong tu bengong juga" wang syarikat SKYBUS digunanya sehingga terbabas, sehinggakan beliau diberhentikan kerja tanpa notis. Beliau menyesal seketika dengan apa yang telah beliau lakukan lalu berazam memulakan hidup baru dengan menjadi runner JPJ sepenuh masa. Kini beliau semakin tua, dan bengongnya tidak dapat dipulihkan lagi.

Cuma satu kebijaksanaan beliau ialah kerana beliau berjaya memperdayakan dan berkawan seorang guru yang suci yang dapat menutup segala kebengongannya itu. Beliau juga sedar aura guru itu meresapi ketubuh beliau sehinggakan beliau sentiasa dilimpahi rezeki...

Namun sejarah cerita ini adalah kejadian yang benar berlaku keatas diri seorang insan yang bernama MAN BOTAK yang tidak mungkin dapat membuang kebengonganya itu seterusnya dibawa hingga ke lubang kubur..

Demikianlah cerita sahabat kita MAN BOTAK yang perlu kita renungi bersama agar anak bangsa kita dapat menjadikan cerita ini sebagai teladan.

Wasalam

1 comment:

  1. i like this post.....mmg wujud dialam realiti la si "man botak" ni.... = )

    ReplyDelete