Tuesday, January 19, 2010

APABILA SISTEM PERUNDANGAN DIPERLEKEHKAN OLEH SEGELINTIR MANUSIA

Kini di era tambang harga murah kapal terbang segalanya perlukan perubahan ( Utusan Malaysia 18hb. Januari. 2010 Wawancara Air Asia ) agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan memberi manafaat kepada rakyat dan juga para pelancung di negara ini.

Bahawanya, perkara ini tidaklah lagi boleh dianggap relevan berikutan syarikat -syarikat pelancungan yang sederhana kecil untuk meneruskan Full Package Concept ( tiket kapal terbang, hotel dan pengangkutan darat ) kerana konsep-konsep telah pun diambil alih oleh syarikat penerbangan itu sendiri seperti MAS Holiday ( Malaysian Airlines ) dan Go Holiday ( Air Aisa ). Syarikat syarikat pelancungan sederhana kecil kini memfokuskan kepada pakej-pakej ground handling transport sahaja termasuklah pengusaha-pengusaha hotel yang turut menyediakan perkhidmatan ini dibawah lesen persiaran bagi memudahkan pelancung-pelancung luar dan dalam negara.

Oleh kerana itu para pengusaha-pengusaha teksi yang menyediakan perkhidmatan 'kuno' ini menghadapi saingan sehingga mereka mengada-adakan isu yang langsung tidak relevan dimasa kini. Ini berlaku kerana segala maklumat mengenai pakej-pakej murah telahpun diketahui para pelancung melalui sistem internet.

Penindasan berlaku pada hari ini terhadap pengusaha pengusaha syarikat pelancungan dihadapi tanpa pembelaan yang serius dari pihak pelancungan sehinggakan pengusaha-pengusaha ini dipersalahkan dibawah akta LPKP, sedangkan pelancungan mempunyai aktanya sendiri tidak langsung diguna pakai dan dihormati oleh pihak LPKP dan JPJ.

Persoalanya, apakah ertinya akta pelancungan yang diluluskan oleh Parlimen dan dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agung, jikalau undang-undang Kementerian Pelancungan dihinjak hinjak dan diperlekehkan oleh pihak LPKP dan JPJ hanya kerana mahu memastikan pengusaha teksi di lapangan terbang dimonopoli yang saban tahun tidak pernah berpuas hati dengan harga tambang mereka.

Kesedaran dan keperihatinan daripada pihak Kementerian Pelancungan untuk memantau dan memberikan ruang seadil-adilnya untuk kita bersama berkhidmat kepada rakyat seterus dapat menjana ekonomi negara berikutan kehadiran ramai pelancung asing ke negara ini. Semoga dengan adanya mekanisma yang baru agar dapat akta pelancungan ini diberikan nafas baru seterusnya diguna pakai oleh pihak pihak berkuasa di negara ini. - Sekian

No comments:

Post a Comment