Saturday, November 28, 2009

Undang Undang Tubuh Negeri Perak

Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak di buat oleh Dewan Negara. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada Puteranya...

Undang undang tubuh Negeri Perak yang di tandatangani pada 21hb. Januari. 1948 oleh Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah Nikmatullah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa menyatakan bahawa Raja Pemerintah negeri ini hendaklah terdiri daripa seorang zuriat yang di akui telah diperanakan melalui jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan yang ke 18.
Zuriat yang harus menjadi Raja Pemerintah itu hendaklah seorang anal lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak iaitu benih yang turun menurun sehingga yang akhir sekali dan tidaklah boleh dibenarkan sekali kali walaupun dengan apa apa sebab, dan hendaklah di haramkan memilih dan melantik seseorang sebagai Raja lain daripada seorang zuriat daripada Sultan ke 18 itu selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan itu.

No comments:

Post a Comment